♥ ANDAI LELAKI ITU TAHU ♥
Thursday 24 May 2012 | 0 kaus kaki ketinggalan
♥ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERA. SELAMAT PAGI. SELAMAT TENGAHARI. SELAMAT MALAM. SALAM SATU MALAYSIA.♥



Andai lelaki itu tahu,
apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andai lelaki itu tahu,
apabila seorang perempuan mengalirkan air mata,
bukan bermakna dia seorang yang lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk tabah mencintaimu.
                                                                   
Andai lelaki itu tahu, 
apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak dapat mengawal perasaannya, 
tetapi percayalah,
itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangimu.

Lihat pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah, 
semakin bertambah sayang mereka, 
semakin banyak pergaduhan.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan cerewet,
dia tidak pernah bermaksud untuk buat kamu rimas,
tetapi dia mahu kamu mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan berkata mahu kamu berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik,
bukan untuk dirinya tetapi,
untuk diri kamu dan masa depan kamu.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu,
bukan bermakna dia tidak sayang tetapi, 
dia terlalu sayang kamu,
 dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan itu merajuk,
jangan berkata dia mengada ngada.
Dia bukan mahu dipujuk dengan duit atau hadiah,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan jarang berkata 'i love you',
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu, 
tetapi dia mahu kamu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata kata tapi tulus ikhlas dan jujur dari hati kamu.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan kata rindu, 
dia benar benar maksudkannya.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan berkata lelaki lain lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata katanya kerana dia hanya menguji kamu.
Dia mahu lihat sejauh mana kamu sanggup jadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya. 
Selagi dia dengan kamu,
percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,
tetapi hatinya,
hanya kamu yang terbaik.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan berkata kasar,
dia bukan bermaksud untuk berkasar,
tetapi dia mahu lihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan sikapnya.
Percayalah hati perempuan sangan lembut.

Andai lelaki itu tahu,
apabila perempuan berkata,
'tolong tinggalkan saya',
dia tidak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya.
Dia hanya mahu tenangkan fikiran sebentar,
apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari kamu kembali.
Itu tandanya dia benar benar mencintai kamu.

Perempuan sukar mengawal perasaan dan terlalu emosi,
tetapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensetive dengan perubahan diri kamu.

Khas untuk kaum kaum adam,
fahamilah orang yang kamu sayangi,
jangan sesekali berfikiran negative atau bosan apabila setiap kali kaum hawa membuat peragai pelik.

DAN INI UNTUK AWAK JUGA. :'(
WALAU MACAM MANA TERUK PUN PERAGAI AWAK,
SAYA TETAP AKAN SUKA AWAK,
SAYA MINTA MAAF TAPI SAYA TETAP SAYANG AWAK,
SAYA MINTA MAAF SAYA MEMANG TEROVER,
SAYA TAU AWAK TAK SUKA.

SAYA MINTA MAAF,
SAYA MINTA MAAF,
SAYA MINTA MAAF,
SAYA MINTA MAAF,
SAYA MINTA MAAF,

I'M S.O.R.R.Y :"(

♥THANKYOU♥ASSALAMUALAIKUM♥




It's Me
The Web Mistress
♥ QielaEila | Twenty | Single ♥ ♥ Follow Me Back. Thankyou. Loveyou ♥.

Follow and Add
I'm Busy
Facebook Twitter Instagram
Misc
stuff that you left
I don't have any idea how..or with WHAT...would you fill this page in, but since i don't really care, i expect you to brainstorm and think it yourself: will you put your table of contents here...or probably 'previous post' list...or whatever you feel like. Toodles!