♥ FIRST TRIP : PANGKOR ♥
Tuesday 29 May 2012 | 2 kaus kaki ketinggalan
♥ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERA. SELAMAT PAGI. SELAMAT TENGAHARI. SELAMAT MALAM. SALAM SATU MALAYSIA.♥

Tahun lepas bulan berapa ntah, aku pon lupa, rasanya bulan 9 kot, aku ada trip pergi Pangkor. First trip aku dekat kolej PTPL SENTRAL. Memang best lah kan sebab trip dengan kawan kawan lepastu jauh pulak tu, Pangkor pulak kan. Hehe. Trip ni dikira markah sebab subjek lukisan takde exam tapi subjek lukisan ade pergi lawatan semua ni, so nak taknak kena pergi sebab 30% markah dekat lawatan. Aku excitedlah sebab dapat pergi trip ni, tak pernah  sebelom ni aku pergi trip jauh jauh macam gini. Yang paling jauh itu pon Gombak, jauh sangat lah Gombak tu kan. Hehe ;p.

Mula mula aku ingat mama dengan abah tak bagi aku pergi trip ni, yelah jauh pulak kan, lagipun pergi bukan sehari tapi 2 malam 3 hari. Mula mula mama tak bagi, abah pun lebih kurang lah macam tak bagi, tapi lepas tunjuk surat dari kolej semua, mama dengan abah bagi. Syok habislah aku kan. Hehe ;p. Mana pernah sebelom ni pergi jauh tanpa mama dengan abah. First time kot. Lepas betul betul dah confirm dapat pergi, aku bayarlah duit trip ni, berapa ntah. Rm 215 rasanya kot, aku pon dah lupa. Dah lamakan surelah lupa.

Ni dekat Jeti Pangkor.
Pergi Pangkor ni pagi sebab dekat Perak je kan, takdelah jauh mana sangat pon tapi kematu jugaklah punggung aku tunggu tak sampai sampai, sampaikan banyak kali aku tanye abang Naz bila nak sampai. Hehe :P . Kolej sediakan dua buah bas, lepastu senior senior macam buat asing kan yang couple satu bas, yang single satu bas. Tapi disebabkan adelah dua orang kawan aku ni nak kata kan couple itu takdelah tapi dorang rapat rapat jugaklah, lebih kurang macam skandal lah senang cite, so aku, tya, zaty terpaksalah ikut dorang sebab kitaorang taknak terpisah, nak naik satu bas, nanti apa apa senang, so kitaorang yang single ni naik lah bas couple tu. Syok tau sebab sit sorang sorang je sebab banyak sit kosong. Tya duduk sorang sorang, aku duduk sorang sorang, zaty duduk sorang sorang. Memang syoklah gitu kan. Boleh bebas buat apa apa je, dah nama pon duduk sorang sorang kan. :P

Kitaorang semua naik feri dekat jeti Lumut, sampai dekat jeti Lumut petang rasanya dalam pukul berapa ntah aku tak sure tapi yang aku tau memang petang sampai dekat jeti Lumut tu. Sampai dekat jeti tu petang dengan tunggu ferri nya lagi, penat jugak lah kan. Trip ferri dua kali, first trip aku dengan kawan kawan aku naik dulu sebab ape ntah maybe sebab excited sangat kot tu jadi gitu lah. Excited terlebih. hehe :P Ade senior senior yang naik feri dengan kitaorang, leader lah kena naik dulu sebab kena awasi junior junior. Nak sampai ke jeti Pangkor amik masa dalam satu jam rasanya, takut jugak lah naik feri sebabnya macam terhuyung hayang feri tu, pening jugak kepala, mabuk lautlah kata kan. Orang bandar pulak mana biasa naik feri semua tu, tapi apa apa pun enjoy lah sebab macam ferri tu lecturer sewa khas untuk kita sebabnya senior senior bising bising tak peduli langsung orang asing kat dalam feri tu. Selamba rock kan. Dah nama pun budak grafik, otak semuanya giler ler. hehe :P 
Sempat snap sementara tunggu feri yang kedua.

Lepas semua dah sampai dekat Pangkor, lecturer cari kan bas untuk kitaorang semua, erm, bukan bus tapi van, van tu memang banyak dan memang dah tersedia untuk pengunjung pengunjung Pangkor, Pulau Pangkor takde lah besar mana, macam bulatan je, dikeliling oleh lautan, lebih kurang macam tu lah.  Erm kejap, bukan lebih kurang tapi memang dikelilingi air pun Pulau Pangkor tu. Takde ape sangat pun yang ada, laut je. Tapi best lah sebabnya dekat kl ni nak cari laut, haiyo susah kot, nak cari laut tu dekat pelabuhan kelang je tapi tak best. Pulau Pangkor memang takde apa apa tapi boleh jugaklah nak tenangkan fikiran, lari dari masalah, sebab Pangkor aman je. Boleh pergi ke pantai, boleh main permainan dekat pantai tu, boleh snorkeling, boleh pergi ke pulau pulau, best jugak lah. Pulau Pangkor ni ade tempat sejarah jugak tau, takdelah banyak mana tapi ade jugaklah dari takde kan. :)

Sampai sahaja dekat resort, lepas dah tentukan bilik semua, kitaorang pon masuk lah bilik kitaorang, sepatutnya satu bilik 3 orang tapi disebabkan kitaorang tetap nak berlima tak nak berpisah jadi bilik lima orang dalam satu bilik tu. mula mula tu bilik kitaorang ni dekat dengan bilik senior lah, senior perempuan, sebelah sebelah je, bukak pintu dah nampak senior tapi disebabkan senior ade kerja nak buat so kitaorang terpaksa pindah bilik amik bilik depan sekali, memang depan lah, sebelah pulak senior lelaki, bukak pintu je dah nampak swimming pool, bilik pon kurang besar jugak lah tapi alah takpe lah bersempit sempit sikit, tak salah pon. So kitaorang pon buat macam ni, aku dengan Tya malam pertama tu tidur dekat bawah. Ada, Mira dengan Zaty tidur atas katil. Hari kedua pulak aku dengan Tya tidur atas katil dan dorang tiga orang tidur bawah. Aku tak kesah pon pasal tidur atas ke bawah ke, sama je pon. Petang hari pertama tu kitaorang just pergi pantai je, tak buat aktiviti apa apa pon, mandi mandi pantai, yang laki laki main bola pantai, aktiviti bebas. Malam pulak ade bbq dengan tukar tukar hadiah. 

Masuk hari kedua, pagi pagi lagi dah bangun, miss cakap pergi naik bot, pergi snorkelling, pastu pergi tengok pulau pulau dengan bot. Excited tu adelah sikit sebab naik bot tapi takut pon ye jugak sebab naik bot kan, kang tak pasal pasal ombak besar datang, habis hanyut kitaorang semua tapi alhamdullilah takde pape jadi pon cuma adelah satu excident ni. Bukan satu, dua excident. 

Sampai satu pulau ni, aku pon tak tau ape nak pulau tu, island ape ntah tapi aku adelah snap gambar dekat island tu. Pulau tu untuk mandi mandi je. Miss cakap siapa nak pergi snorkelling, pergilah. Aku takut tapi aku nak pergi, aku nak rasa macam mana snorkelling tu, ramai cakap best yelah mana tak best tengok ikan semua, memang best lah, last last aku pergilah snorkelling tu. Dalam tengah snorkelling tu pulak, dah lah aku first time snorkelling surelah perasaan takut semua ada kan, manelah tau tengah tengah snorkelling tu ikan josh datang ke, manalah tau. hehe :P. Menipu je keje aku kan. Haha. :D. Aku kan first time, pastu dengan pakai benda alah untuk penafasan tu, alah tak sukanya, banyak kali kot aku terminum air laut tu. Haish. Seksa. Dah lah masin. Err. Aku kan takut, nak masuk dalam air, sebabnya takut dalam, aku ni mana pandai berenang, terkapai kapai jugak nanti kang, bile masuk je dalam air, pijak je terasa batu, batu tajam tajam, seriusly sakit ya amat! Memang sakit. Dalam tengah snorkelling tu, aku dengan senior aku, erm nak bagitau ke tak? erm. Tak yahlah. Rahsia ni hanya Keluarga DRG je yang tau. Syok jugak tau sebenarnya snorkelling ni sebab dapat tengok ikan, cantik cantik, pastu ikan tu kadang kadang lalu dekat dengan kita, berlanggar dengan kita. Bestlah. Dah keluar dari snorkelling tu, tengok kaki, memang Terbaikk! Luka sana sini akibat batu bengong tu. Habis kaki aku luka luka. Terkoyak kulit semua. Sakit gile kot tapi aku buat taktau je sebab luka tu tak besar pon, kecik kecik je tapi ade banyak lah. 



Lepas dah snorkelling, orang bot bawa pusing pusing tengok tengok pulau. Best! Dapat angin. Lepas dah pusing pusing tengok pulau semua kitaorang semua dihantar balik ke resort balik. Bila dah sampai dekat pantai yang dekat dengan resort, ombak waktu tu memang besar gile, memang besar sangat sangatlah, sampai aku pon takut jugak tengok ombak tu, sebab besar sangat, macam tsunami tapi nasib baik tak. Kan dah sampai, nak turun dari bot, aku dengan Tya orang terakhir lah, dalam nak turun dari bot tu ombak besar gile datang pastu waktu tu aku tengah nak turun dari bot, tak pasal pasal paha aku terkena kipas bot, waktu kena tu memang tak rasa sangat lah tapi bile tengah berjalan nak balik ke resort, sakit tu datang, memang sakit sangat. Aku tahan je tak bagitau sesiapa. Nasib baiklah kipas bot tu dah tutup, kalau kipas tu pasang lagi , hai tak tau nak cakap macam mana lagi. Takut aku. Bile sampai dalam bilik baru aku bagitau Tya yang paha aku terkena kipas bot. Berubah terus muka Tya. Bile dah sampai dekat bilik, aku orang pertama mandi dulu sebab aku nak tengok teruk ke tak paha aku tu, bile aku tengok, lebam dah, baru kena dah lebam. Nampak sangat kuat terkena kipas tu. Tapi aku buat taktau jelah dengan lebam tu sebab lebam je pon, nanti nanti elok ler tu kan. Hehe. Tengok sekarang dah elok cuma kesan lebam tu still ade, tak hilang. Sampai waktu petang, dorang dorang semua turun pantai, yang kitaorang berlima boleh bantai tidur, haha :D. Ngantoklah. Last last abang Anep pergi dekat bilik kitaorang, kejut kitaorang, mula mula aku malas nak pergi pantai sebab paha aku sakit lagi, so malas lah nak pergi tapi biler pikir yang kitaorang pergi sana nak bercuti, sakit ke tak sakit ke, tu tak penting kan. So aku tahan je sakit tu. Bile sampai dekat pantai, dorang tengah buat istana pasir ke apentah  tapi berkenaan dengan pasir lah, aku tak join, miss tak bagi sebab paha aku tulah, miss suruh aku rehat je. Aku ikut jelah ape miss cakap. Duduk atas buaian tengok dorang buat.


nilah yang aku cakap, dorang main pasir. pertandingan.

Buaian ni sangat mebahaya sebabnya hari pertama sampai dekat pangkor, aku dengan tya naik buaian ni, pastu miss naik jugak, pastu aku pon duduk atas buaian tu, pastu miss buai laju laju, kecut perut aku bila  miss buai laju laju, last last zaty tergolek jatuh. Haha. Alah rindu saat ni. Lepas tu zaty naik balik, miss buai laju lagi lepas tu aku, Ada, dengan Zaty pulak tergolek jatuh sama. Serentak jatuh. Seriusly aku memang rindu sangat time jatuh jatuh semua ni. Bile dah jatuh boleh lagi gelak gelak padahal sakit satu badan tapi sebab seronak punya pasal sakit pun terlupa. Gelak je. Ahhh! RINDU SANGAT!

Hari ketiga, hari Keluarga DRG tinggalkan Pangkor, sebelom balik kitaorang semua dibawa melawat satu Pulau Pangkor tu, jalan dekat pulau tu, dahsyat ya amat lah, ngeri kot tengok, dah kecik pastu belok sana sini. Aku, Tya, Zaty kitaorang naik van sama dengan miss. Waktu dekat Pangkor ni lah aku mula rapat dengan miss. Mentor pulak mesti lah kena rapat. Pakcik van tu bawa kitaorang pergi tengok resort senario berlakon. Cantik resort tu. Sebuah sebuah resort tu. Lepas dah tengok resort tu, kitaorang dibawa ke tempat buat ikan. 

Tengok makcik ni buat ikan.



Lepas dah tengok ikan, kitaorang dibawa pulak tempat sejarah sejarah, ehh bukan sebelom tu kitaorang dibawa ke tempat kuil china? tak silap aku lah. Ntah. Lepastu kita orang dibawa ke tempat sejarah belanda dulu dulu tu. Takde ape yang menarik lah sangat, tapi untuk bergambar gambar yelah ade.



Dah siap bergambar semua, kitaorang semua dihantar balik ke jeti Pangkor. Dalam sejam macam tu sampai dah jeti Lumut. Dekat situ kitaorang semua dibenarkan beli barang, baju ke, apa apa jelah. Lepas dah settle semua, kitaorang naik bus balik ke KL balik. Sedey nak tinggalkan sebab first trip aku dengan Keluarga DRG. 

♥Apa apa pon aku happy berada di dalam Family DRG♥

♥I LOVE YOU FOUR ♥

♥THANKYOU♥ASSALAMUALAIKUM♥



It's Me
The Web Mistress
♥ QielaEila | Twenty | Single ♥ ♥ Follow Me Back. Thankyou. Loveyou ♥.

Follow and Add
I'm Busy
Facebook Twitter Instagram
Misc
stuff that you left
I don't have any idea how..or with WHAT...would you fill this page in, but since i don't really care, i expect you to brainstorm and think it yourself: will you put your table of contents here...or probably 'previous post' list...or whatever you feel like. Toodles!