♥MY FAMILY ♥ I LOVE THEM ♥
Thursday 24 May 2012 | 0 kaus kaki ketinggalan
♥ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERA. SELAMAT PAGI. SELAMAT TENGAHARI. SELAMAT MALAM. SALAM SATU MALAYSIA.♥


Ini lah family qila. Tak banyak pon. Dua orang abang, seorang kakak, seorang mama, seorang abah dan seorang adik tapi adik qila dah lama meninggal dunia. Keluarga qila kadang – kadang huru hara, kadang – kadang tak. Bila abah membebel, mama diam. Bila mama membebel abah pulak diam

Yang baju hijau tu abah. Garang tak? Tengok muka pun dah tau garangkan. Hehe. :p Qila tak rapat dengan abah sebab abah garang, nak cakap dengan abah pun takut – takut. Garang tapi baik tau. Abah marah bila orang buat silap je, kalau tak buat apa – apa abah okay je. Abah suka bela kucing, dekat rumah qila banyak kucing. Bila orang bagi abah akan amik kucing tu then bela. Kalau kucing sakit mesti abah risau sangat. Kadang kadang sebab kucing pon abah dengan mama boleh bergaduh. Then lepastu akan okey balik tapi lepas 2 3 hari baru okey. Hehe :P Garang macam mana pun abah, qila tetap sayang abah. ♥

Yang tengah tengah tu lah mama qila. Cantik tak? Hehe. Bagi qila cantik sebab tu mama qila. Qila rapat dengan mama sebab mama tak garang, boleh gurau gurau. Kalau mama marah time tu mesti mama tengah penat sebab tu mama marah marah. Ramai orang cakap muka qila sama dengan mama, anak mama pulak mestilah seiras kan. Hee :p . Balik je rumah mesti orang pertama yang qila jumpa mesti mama pastu qila akan cerita ape je yang jadi dekat kolej dekat mama. Tapi tak semua cerita qila cerita dekat mama, segan sebab kadang kadang perkara tu ada kaitan dengan perasaan qila so qila segan nak cerita dekat mama. Cuma kadang kadang tu qila tak tahan nak simpan sorang qila akan cerita jugak dekat mama, tak banyak sikit pon jadilah. Hehe. Qila sayang mama sangat sangat. Takde orang lain boleh ganti mama qila.♥

Abang sulung qila yang baju coklat pekat tu, selekeh kan? Haha. Memang selekeh pon. Orang raya smart smart, dia pulak selekeh macam tu. Qila rapat dengan abang sulung berbanding abang kedua, sebabnya ntah lah. Kalau qila minta apa apa sure dia belikan. Kalau kakak minta sure tak dapat. Haha. :D Abang ni dia seorang yang panas baran, bila time baran dia datang. Aishh naik meyampah jugak qila. Hehe :P Habis semua orang dalam rumah dia nak marahnya. Qila yang tak tau apa apa pon kadang kadang kena marahnya. Mengong. :P . Panas baran tapi sebenarnya dia baik. Anak sulung biasalah tu panas baran plus degil gila. Apa apa pon qila tetap sayang abang.♥

Abang kedua qila yang baju warna gold gold tu. Hitam kan? Macam Burma. Hehe :P terkutuk abang sendiri pulak. Hitam tapi ada makwe tau. Jangan main main. Hehe :P Kitaorang semua dekat rumah panggil dia ayong sebabnya qila pon tak tau kenapa. Ayong  ni rapat dengan kakak qila, dia tak rapat dengan qila, tak satu kepala. Ayong ni suka buat lawak, suka buat orang ketawa. Tu yang boleh masuk satu kepala dengan kakak qila sebab kakak qila spesis macam ayong jugak. Mengong dua dua. Kadang kadang tension jugak dengan ayong ni. Ayong seorang yang kedekut macam qila. Hehe. Tapi dia lagi kedekut. Haji bakhil. Hee. Tapi kalau time dia baik sangat, dia akan bagi qila RM 10 waktu time gaji dia. seronok gila kot. Tak kesahlah dia kedekut ke ape ke dia tetap abang qila jugak.  Sayang ayong <3

Okay the last one kakak qila yang gile, korang mesti tau mana kakak qila kan. Yang baju purple duduk bawah tu kakak qila. Gemok kan? Hehe :P . Dia ni sekarang tengah tunggu nak masuk degree, dalam keluarga qila Cuma kakak qila sorang je boleh diharapkan dalam pelajaran, nak harapkan abang dengan qila, memang tak lah. Tapi bile qila masuk kolej, prestasi qila boleh lah jugak di banggakan sebab sebelom ni dekat sekolah rendah dengan sekolah menengah tak penah qila dapat markah yang bagus bagus, semuanya meleset jauh. Hehe :D. Ika ni dia suka sangat menjerit, sekarang ni makin pening qila duduk rumah sebab balik rumah je mesti akan dengar dia memekak. Haishh letih gini. Dulu bila dia dekat bangi aman sikit rumah ni, ni bila dia dah balik, macam nak pecah rumah ni dibuatnya. Tapi ika ni bila qila minta apa apa mesti dia akan belikan walaupon dia cakap dia takde duit tapi dia tetap akan belikan. Ika ni suka cari pasal dengan qila, kadang kadang bila datang gila qila, qila pulak kacau dia sampai dia marah marah. Syok buat macam tu. Haha :D. Walaupon dia macam tu qila tetap sayang dia sebab dia satu satunya kakak kandung qila. ♥

Haa tu jelah family qila, pasal qila tak perlu kot nak cerita sebab dalam blog ni semua pasal qila kan, so untuk update kali ni tak perlulah nak update pasal qila, ni pon ade sikit sikit pasal qila dalam blog ni. Hehe :P . So inilah family qila. Qila bahagia ade family macam ni. Walau pon kadang kadang macam terseksa tapi sebenarnya itu ujian Allah nak uji qila setakat mana kesabaran qila. Lagi banyak ujian yang Allah beri lagi sayang Allah pada kita.So apa sahaja dugaan yang datang, kita perlu sabar dan hadapinya dengan tenang sebab semua masalah akan settle tapi antara lama atau sekejap je. QILA SAYANG ABAH, MAMA, ABANG, AYONG, IKA & ARWAH ADIK ALIA :’) ♥

♥THANKYOU♥ASSALAMUALAIKUM♥



It's Me
The Web Mistress
♥ QielaEila | Twenty | Single ♥ ♥ Follow Me Back. Thankyou. Loveyou ♥.

Follow and Add
I'm Busy
Facebook Twitter Instagram
Misc
stuff that you left
I don't have any idea how..or with WHAT...would you fill this page in, but since i don't really care, i expect you to brainstorm and think it yourself: will you put your table of contents here...or probably 'previous post' list...or whatever you feel like. Toodles!