♥CoupleRing♥
Saturday 20 October 2012 | 0 kaus kaki ketinggalan
Haiii awak awak!
Dah lama tak update kan? kan?
Entry kali ni taktau lah nak cakap sedih or gembira. Entah. Antara antara sedih dengan tak kot kita rasa. Okey tengok tajuk entry pon awak semua dah tahu kita nak cerita pasal apa kan? kan?

Okeyy. Kita sangat sangat teringin nak pakai cincin. Sangat sangat teringin. Kita taktau berapa puluh juta kali kita cakap dekat kawan kawan kita yang kita nak sangat cincin. Bukan cincin dari kawan kawan kita tapi kita teringin sangat cincin yang khas untuk kita daripada seorang lelaki yang betul betul cintakan kita dengan ikhlasnya dia bagi cincin tu sebagai tanda ikatan kita ni girlfriend dia. 

Tapi apa yang kita harapkan semua takde. Semuanya tak pernah terjadi. Kita cuma bertepuk sebelah tangan angan angan tu. Dah 12 bulan kita single. Sejujurnya kita sangat jeles dengan kawan kawan kita yang sedang bahagia dalam dilema kebahagiaan sedangkan kita terkulat kulat, terumbang ambing keseorangan tanpa peneman. Seriusly kita sangat sangat teringin nak seorang kawan lelaki dan lelaki tu sudi untuk berkawan dengan kita. Tak couple pon its okey. Kita tak kesah tapi kita nak peneman untuk kita mengadu. Untuk kita lepaskan rindu. Untuk kita bergurau senda. Kita taknak susahkan kawan kawan kita. Kita taknak rosakkan kebahagiaan kawan kawan kita. Biarlah mereka bahagia tanpa diganggu oleh kita.

Daripada dulu kita memang teringin sangat. Tapi kita tahu benda seperti tu kita takkan dapat. Siapa nak kita. Buruk tau tak kita ni sebab tu takde orang nak kita. Kita skema. Kita tak pandai melawa. Kita tak pandai nak bergaya. Kita blur. Kita tak sesuai untuk sesiapa. :'(

Dulu kita pernah anggan anggan. Taknak pakai cincin sampailah kita tunang nanti baru kita nak pakai. :') Kemain anggan anggan kita sampai terpikir tunang tapi bila kita masuk alam kolej ni, kita taktau kenapa kita nak sangat pakai cincin couple. Sangat sangat nak! :'( Bila kita boleh dapat ape yang kita impikan ni? Kenapa alam percintaan kita jadi macam ni? Kenapa kita tak rasa kebahagiaan yang sedikit lama? :'( Bila kita nampak je coupel ring dekat kedai, kita tatap je cincin tu. Kita tengok tanpa jemu. Kita nak pakai semuanya. Kita nak semuanya tapi dapat ke kita semuanya tu? Dapat ke?! :''''(((

Kenapa diaorang suka buat kita macam ni? Bagi harapan dan tinggalkan kita macam tu je. Kenapa kita? Kenapa? :'(

Until now kita masih inginkan couple ring tu daripada someone yang betul betul in love with me. Kita taktau berapa puluh juta tahun kita kena tunggu masa tu datang. Kita percaya jodoh kita telah ditetapkan oleh Nya cuma masa belum sampai dan datang tepat pada waktunya. :') Kita kena tunggu dengan sabar dan tabah dan kita jugak kena tempuh apa sahaja dugaan yang kita hadapi. :') Kita kuat dan kita boleh! :')

Opss! Sebenarnya kita pernah dapat couple ring daripada seseorang yang kita taktau dia jujur or tak dengan kita. Tapi cincin tu telah pon kita buang sebab kita tak perlukan nya dan bertapa bodohnya kita waktu tu pergi buang cincin tu. Haishh. Salah kita jugak tapi benda dah jadi so kita taknak ingat dan taknak amik tahu pasal tu sebab kita dah buang 'dia' dari memory kotak kita ni.

Cuma yang 'satu' ni kita tak dapat nak buang dia dari memory kotak kita ni.
Kita betul betul berharap dapat benda yang kita angan angan kan tu. :')



Couple ring macam ini pon tak apa janji ianya amat bermakna pada kita

Saya amat menanti nantikan cincin seperti ini daripada seseorang yang betul betul cintakan saya


♥THANKYOU.ASSALAMUALAIKUM♥



It's Me
The Web Mistress
♥ QielaEila | Twenty | Single ♥ ♥ Follow Me Back. Thankyou. Loveyou ♥.

Follow and Add
I'm Busy
Facebook Twitter Instagram
Misc
stuff that you left
I don't have any idea how..or with WHAT...would you fill this page in, but since i don't really care, i expect you to brainstorm and think it yourself: will you put your table of contents here...or probably 'previous post' list...or whatever you feel like. Toodles!