♥I'm totally give up :')♥
Monday, 1 October 2012 | 0 kaus kaki ketinggalan
Mungkin ni adalah entry terakhir kali nya buat awak. Tapi saya tak tahu yang terakhir atau tak. Sama seperti entry sebelumnya, saya takut saya akan terus dan terus update pasal awak. Kalau boleh memang saya taknak. Memang saya taknak ingat awak. Taknak ingat kenangan kita tapi, awak tahu kan betapa susahnya saya nak buat semua tu. 

To all my friend sorry. Kita minta maaf  sangat sangat sebab kita update pasal dia lagi. Ni yang terakhir. Lepas ni tak dah. Harap korang paham ye. Jangan marah kita tau. Ni last one for him. Im so sorry. :(

Saya tak berani nak jumpa awak face to face jadi saya hanya boleh tanye dalam ni saja.
Kenapa awak buat saya macam ni? Saya ada buat salah dekat awak ke? Awak nak balas dendam dekat saya balik ke? Apa salah saya dekat awak? Kenapa saya jadi mangsa awak? Kenapa pilih saya jadi mangsa awak? Dekat semua perempuan yang awak kenal awak buat macam ni ke? Mana sikap awak yang romantik dan penyayang tu? Awak tak boleh nak accept ape yang saya dah buat dekat awak ke? Sampai hati awak kan. :')

Awak. Saya terima apa yang awak buat dekat saya ni. Saya terima awak. Saya tak sangka lah orang yang ada dalam hati saya ni berperagai macam ni. Agak teruk jugak lah awak berperagai macam ni. Lebih dari 3 bulan saya tunggu awak, saya berharap dekat awak tapi awak tak buat apa apa. Sakit hati sangat. Tapi saya kuat, saya buat tak tahu je dengan hati yang sakit ni. Saya malas nak pikir sebab saya tahu awak takkan berubah kalau terus terusan saya sakit hati. Awak nak saya ikut kehendak awak. Mungkin dulu ye tapi sekarang tak sebab saya ada otak yang boleh pikir mana betul dan tak. Awak memang seorang playboy lah. J

Serius saya cakap dari mula kita kenal sampai sekarang satu perkara tentang kita tak pernah saya lupa. Sikit pon tak awak. Saya ingat semuanya. Saya tahu awak tak mungkin ingat. Awak dah berpunya sekarang so mana lah awak nak ingat benda yang ade kaitan dengan saya kan. Awak pun mungkin dah benci saya kan. Dan saya rasa awak pon dah taknak tengok muka saya kan. Awak mesti meluatkan tengok saya. Dan saya tahu awak sangat sangat nak lupakan saya kan.

Masa 28/September/2012, sejujurnya saya sangat tunggu wish dari awak. Saya tak suruh awak bazirkan kredit call saya. Saya tak suruh awak bazirkan kredit meseg saya. Awak wall pon dah cukup buat saya happy. Saya tunggu awak tahu! Saya tunggu! Tapi mana? Mana wish dari awak?! Awak saya menangis tunggu wish awak. Saya harapkan wish dari awak. Saya betul betul harap. Tapi mana? Takde langsung. Saya cuma nak dua perkataan ayat 'HAPPY BIRTHDAY' susah ke awak nak tulis or taip dua perkataan ayat tu, susah ke? Saya cuma nak itu je, saya taknak hadiah, saya taknak benda lain cuma itu je saya nak dari awak tapi itu pon awak susah nak bagi. Saya kecewe sangat. Sangat sangat kecewe. Sanggup awak buat saya menangis sebabkan awak lagi kan? Nampak dekat situ yang awak nak sangat lupakan saya. Nampak sangat! Okey takpe. Lupakan lah. Saya tahu saya dan awak tak patut bersama dari dulu lagi. Kita tak patut berkenalan kalau jadi benda macam ni. Saya benci bila jadi macam ni. Kita satu kolej, satu aliran, setiap hari kita akan berjumpa dekat kolej, saya tak suka nak bermasam muka dengan awak.

Saya tak tahu macam mana saya nak lupakan awak. Walaupon saya suruh kawan kawan saya pukul dan marah saya bila saya sebut pasal awak tapi saya still pikir awak, awak tahu. Saya cakap taknak pikir tapi setiapa hari saya akan pikir, awak tahu! :'( Macam mana saya nak buat supaya saya dapat lupakan awak? Macam mana awak?! Macam mana sekelip mata awak dapat lupakan saya? :'( Tapi kenapa saya sangat susah nak lupakan awak? Kenapa benda ni jadi dekat saya? Kenapa saya kena rasa benda sakit ni? Kenapa saya?! :'( 

Tempat dulu kita dating, saya selalu akan pergi, dan serta merta saya akan ingat awak. Tempat kita berdua duaan saya selalu lalu, serta merta saya akan ingat awak. Tempat pertama kali ni keluar bersama saya selalu pergi, serta merta saya akan ingat awak. Jujur saya tak tahu macam mana saya nak lupakan awak. Gelang awak, ada dekat saya, setiap kali bukak laci akan ternampak gelang awak, serta merta juga saya akan ingat awak. Ya Allah macam mana saya nak lupakan awak? Macam mana?! :'( Saya tak tahu apa nak buat. Okay memang saya paksa diri saya supaya lupakan awak. Tapi semakin saya paksa semakin susah saya nak lupakan awak. Apa perlu saya lakukan? :'( Kenapa awak buat saya sengsara macam ni?

Sejujurnya saya tak benci awak. Saya tak menyesal kenal awak. Awak pernah buat saya happy bila bersama awak. Saya cuma kecewe dengan sikap awak. Saya tak sangka awak akan buat saya macam ni. Serius saya ingat awak sangat lain dari laki lain tapi awak sama dengan dorang sana dekat luar tu. Ini ke diri sebenar awak? :'( 

Saya tak tahu dalam sebulan ni saya dapat lupakan awak ke tak. Saya tak tahu tu. Saya berharap saya dapat lupakan semuanya tapi saya sayang nak lupakan semua sebab inilah untuk pertama kalinya saya rasa benda ni dalam hati saya. Tapi kalau saya tak lupakan, saya akan terus terusan ingat. Saya taknak. Awak banyak sakitkan hati saya. Saya banyak bersabar dengan awak. Tapi awak terus juga buat benda yang menyakitkan saya. Haishh 

Saya minta maaf sebab saya banyak update entry pasal awak dekat blog saya ni. Saya tahu awak tak baca blog saya ni tapi saya tetap nak minta maaf sebab tak minta kebenaran awak. And saya nak minta maaf dekat makwe awak sebab saya update pasal pakwe dia dalam blog saya ni. Sepatutnya saya tak boleh buat macam tu. Saya nak minta maaf selama kita berkawan saya ade banyak menyusahkan awak, menyakitkan hati awak, buat awak tak selese dengan saya. Saya minta maaf sangat awak. Saya akan cuba lupakan awak. Kalau pon saya tak dapat nak lupakan awak, saya takkan update lagi pasal awak, saya takkan tengok awak lagi. Mungkin kita bukan ditakdirkan bersama. Saya terima dengan hati terbuka. :')

Saya harap awak happy dan bahagia bersama makwe awak tu. Dan saya harap korang akan kekal lama. :') Saya akan lebih happy kalau awak baca entry saya ni. Saya nak awak tahu apa yang saya rasa selama ni. Tapi saya tak berharap pon yang awak akan baca benda lebar lebar macam ini. Its sokay. I know you :')

Kalau lah awak nak tahu, saya still sayang awak, rindu awak. :') Tapi saya tahu apa yang saya rasa ni takkan dibalas oleh awak. Saya tahu tu.
Saya harap awak dapat lupakan saya. :)


Ini satu satunya gambar saya dengana awak. Yang lain semuanya saya dah buang. Tinggal yang ini je. Saya takkan buang gambar ni! :)


Saya minta maaf sekali lagi :)
Selamat tinggal awai :')

♥THANKYOU.ASSALAMUALAIKUM♥





It's Me
The Web Mistress
♥ QielaEila | Twenty | Single ♥ ♥ Follow Me Back. Thankyou. Loveyou ♥.

Follow and Add
I'm Busy
Facebook Twitter Instagram
Misc
stuff that you left
I don't have any idea how..or with WHAT...would you fill this page in, but since i don't really care, i expect you to brainstorm and think it yourself: will you put your table of contents here...or probably 'previous post' list...or whatever you feel like. Toodles!