♥In MemoryLand 28092012♥
Wednesday 3 October 2012 | 0 kaus kaki ketinggalan
Entry ni sebenarnya kita dah lama nak update cumanya biasa lah kalau mood malas datang kan apa pon tak boleh nak buat kan. Kalau korang pon sama kan. Sama lah dengan kita ni. Heee =) Ni pon sebenarnya malas tau sebab takde mood nak menaip semua tapi bila kita tengok twinny kita update blog dia tu kita pulak terasa nak update. Sebab tulah kita tengah menaip dengan cipta ayat ayat. Heee :) Entry kali ni entry happy je. Taknak update entry sedih sedih dah. Banyak sangat entry yang sedih sedih. Bosan pula nanti korang baca. Heee =)

Okay kisahnya bermula pada tarikh 28/September/2012. Cewahh kemain. Haha =P
Sebenarnya birthday kita 28/9 tu. Celebrate dengan kawan kawan. Banyak hadiah kita dapat. Serius kita cakap first kita rasa celebrate macam ni. Serius tak tipu. Best sangat. Memang kita takkan lupakan hari tu, tarikh tu, kejadian tu, peristiwa tu. Memang kita takkan lupa walaupun sesaat. Kita sangat sangat happy. Memang dorang kawan terbaik kitalah. ILYSM!

Kita dah cakap dekat twin kita buatkan kita happy pada hari tersebut and kita tak nak menangis pada hari tersebut. Kita minta dekat stepmama kita macam itu jugak, buatkan kita happy and jangan bagi kita menangis tapi sebenarnya kita dah menangis dah pagi hari jadi kita tu, seperti biasa kita menangis sebab DIA lagi dan jugak DIA. Haish kita ni kan. Cepuk karang. Asyik nak menangis sebab DIA je kan. Tak guna betul kita ni. (Nampak tak kutuk diri sendiri =P) Ahhh! Entry ni kita taknak sentuh pasal DIA pon, sikit pon taknak. Ni entry kita dengan kawan kawan kita bukan entry pasal DIA.

Okay amik balik mood happy. =P
First plan kita, kita nak main ice skating, lepas tu tak jadi. Tak jadi sebab PutPut kita nak ikut. So waktu tu exam PutPut kita tak habis lagi. Kita dah habis exam hari Khamis dah. PutPut kita hari Jumaat baru habis exam. Jadi memandangkan PutPut kita nak ikut, kita pon tukar lah tarikh kepada 5/10 ni. Second plan pulak ingat nak tengok wayang tapi tak jadi jugak. Sebab takde cerita best nak tengok, so kita pon tukarlah plan lagi. Hee =P Third plan pulak pergi karoeka. Plan ni kita rancang last minit punya. Plan akhir ni barulah jadi. =)

Mula mula kita ingat tak jadi tau sebab kan kawan kawan kita semua nya datang lambat. So kita plan lepak lepak jelah dekat kawasan kolej. Tapi stepmama kita paksa jugak kita pergi Sogo. So kita dengan twin kita pergilah Sogo tu. Dengan bawa hadiah yang twin kita bagi tu, dengan kek yang twin kita bagi juga, habis rosak kek tu. Kesian kek itu. Hehe =P Yang hadiah tu kita letak dekat bahu asyik jatuh. Dah lah bahu kita kecik. Haishh tapi kita bawa jugak sebab tu twin kita bagi. Kita suka. Kejap lagi kita tunjuk gambar yee =)

Bila kita dengan twin kita dah sampai Sogo dekat Redbox Sogo, stepmama kita tak sampai sampai lagi. Kita tak marah pon sebab kita taknak marah sesiapa masa hari jadi kita tu. Kita nak happy je. Kita taknak menangis. Kita taknak marah. Tapi sejujurnya memang kita takde rasa marah pon dekat stepmama kita sebab dia lambat. Kita dah lali dah dengan kelambatannya tu. Hehe =P Sorry sayang =P Tapikan kita tengok twin kita macam marah dengan stepmama kita tu. Yelah stepmama kita suruh kita dengan twin kita datang tapi bila kita dengan twin kita dah sampai stepmama kita tak sampai sampai, mana tak marah kan. Mula mula kita dengan twin kita tunggu jugak kedatangan stepmama kita tapi dah tak tahan kita dengan twin kita masuk dulu. Bila depan akak yang cantik tu kita minta akak tu bilik besar. Memang dia bagi bilik besar lah kan. Stepmama kita cakap bilik yang kita minta tu bilik VIP, tapi kita buat taktau jelah. Dah birthday kita waktu tu, kita minta jelah bilik besar. Heee =) Tak sangka pulak yang akak tu akan bagi bilik sebesar tu.

Kitaorang dapat bilik number 1. Twin dengan stepmama kita buzy keluar masuk keluar masuk. Kita duduk dekat satu sudut nyanyi lagu. Layan perasaan yang tengah sedih sebenarnya. Tu kita duduk dekat satu sudut jauh dari pintu masuk dengan twin and stepmama kita. Kita pulak layan lagu jiwang jiwang masa tu. Terasa nak menangis je waktu tengah nyanyi tapi kita tahan je. Kita nyanyi lagu yang dekat blog kita ni yang buatkan kita nak menangis. Sedih kita. Kita tengah nyanyi lagu Dadali "Disaat Aku Mencintaimu" tiba tiba twin kita datang sambil bawa bearbear hadiah dari dia. Kita terkejut sangat. Lepastu entah macam mana kita tak dapat tahan, kita menangis. Ada dua sebab kita menangis.

Sebab pertama kita terharu dengan apa yang twin kita buat.
Sebab kedua kita menangis sebab lirik lagu tu.
Cuba korang dengar betul betul lirik tu. Mungkin bagi yang sedang hangat bercinta tak rasa. Tapi bagi orang yang baru putus cinta akan terasa dengan lirik lagu tu. Sangat menyentuh! ='(

Bila kita tengok twin and stepmama kita dah tak buzy keluar masuk, kita pun bangun nak pergi toilet. Bila kita keluar je dari bilik tempahan kitaorang tu, kita ternampak 3 orang kawan lelaki kita. Serius kita terkejut. Kita ingat kan dorang tiga tu taktau kitaorang bertiga dekat sini. Kita nampak dorang, kita dah ketawa dah. Dorang pula nak lari dari kita, kita malas layan dorang kita teruslah pergi toilet. Ada lah dalam 30 minit kita pergi toilet. Balik je dari toilet, kita tolak je pintu, tempat yang tadinya kita duduk telah diambil orang. Kita pon amiklah tempat lain. Kawan lelaki yang tadi kita nampak dekat luar dah ade dalam bilik tu. Dalam tengah kita layan dioarang menyanyi sambil peluk bearbear kita tu, tiba tiba datang pekerja sambil membawa kek yang tadinya kita bawa. Lepastu tiba tiba lagu yang dorang tengah nyanyi tetiba cut macam tu je. Terpapar lagu "Selamat Ulang Tahun Sayang". Untuk keberapa kalinya pon kita taktau kita nak menangis lagi. Apela kita ni. Haha =P

Nak tengok hadiah kita dapat tak? Nak tak? Nak tak? =)

Ni PutPut kita bagi. Omey tak? Thankyou PutPut sayang. Heee =) 

Ni Kakak kita bagi. Thankyou kakakku yang gila. Heee =)

Ni Mama and Abah bagi.
Mama bagi coklat.
Abah bagi duit. 
Sayang mereka berdua. Hee =)

Ni Honey kita bagi. Honey kita tu perempuan ek?
Jangan salah faham yee. Thanks! Hee =)

Ni Twin kita bagi. Banyakkan. Kita cuma bagi dia satu je dengan kad buatan sendiri. Itu pon buruk. Awak sorry ye kita tak bagi awak dua barang macam awak bagi kita ni. Sayang awak banyakbanyak! =) Thankyou sayang! Muahh!

Ni kakak Twin kita bagi. Kita dah gantung dekat fon kita dah. Kita suka. Ada nama kita. Heee =)
Thanks kakak Twinn kita.

Ni keseluruhan hadiah yang aku dapat. Banyak tak? Heee =)

Yang bawah bawah semuanya gambar waktu celebrate
























Thankyou awak awak semua! Kita taktau nak balas macam mana. Thanks again.
ILoveYouGuysSoMuch! =')


 ♥THANKYOU.ASSALAMUALAIKUM♥















It's Me
The Web Mistress
♥ QielaEila | Twenty | Single ♥ ♥ Follow Me Back. Thankyou. Loveyou ♥.

Follow and Add
I'm Busy
Facebook Twitter Instagram
Misc
stuff that you left
I don't have any idea how..or with WHAT...would you fill this page in, but since i don't really care, i expect you to brainstorm and think it yourself: will you put your table of contents here...or probably 'previous post' list...or whatever you feel like. Toodles!