♥Impian 28♥
Saturday 14 September 2013 | 0 kaus kaki ketinggalan
Assalamualaikum

Waktu berlalu dengan pantas. Kini hanya tinggal 13 hari sahaja sebelum menjelang hari kelahiran aku untuk kali yang ke 20 tahun. Untuk kali pertamanya aku menyambut hari kelahiran aku tanpa seorang insan yang dipanggil mama. Mama akan menunaikan haji pada tahun ini. Mama pergi 22 / 9. Hari lahir aku 28 / 9. Oh, betapa sedih nya hati ni tanpa mama selama 2 bulan. Macam mana hidup aku nanti ? Apa akan jadi pada aku ? Aku sendiri pun tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku dalam hidup aku selama mama tiada di sisi aku. Pedih dan sedih. Tapi aku tak keseorangan. Aku ada banyak kawan disekeliling aku yang selalu ambil berat pasal aku. Dan mereka sentiasa berpesan kepada aku, belajar hidup berdikari selama 2 bulan ni. Aku akan tau macam mana mama rasa setiap kali mama bangun pagi. Dan aku pulak bila mama ada, pukul 10, 11 baru nak bangun tidur. Dan selepas ini aku kena ambil semua kerja mama. Anak dara takboleh malas malas nanti takde orang nak. Hee. Apa yang berlaku, redha dan always positif in life. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Amin. :)

Sebenarnya aku nak cerita pasal impian aku, impian 2013. Banyak impian aku tahun ni, tapi kebanyakkannya dah tertunai. Alhamdulillah. Tinggal lagi 2 impian belom tertunai.

First, waktu hari lahir aku, aku nak semua kawan kawan aku ada. Ada, Myra, Bobo, Tya, Yana, Mek, Huzil, Bad, Jamal, Fendy, Osman. Tapi aku tak berharap yang kawan lelaki lelaki tu ade. Tapi aku sangat berharap yang kawan perempuan aku semuanya itu ada. Aku tak perlukan hadiah tapi aku perlukan dorang waktu hari lahir aku tu nanti. Tu pun dah cukup buat aku bahagia, happy. Tapi malangnya, 28/ 9 jatuh pada hari sabtu. Ofcourse, mereka mereka semua sibuk dengan hal masing masing. Takpelah, aku faham semua tu. Takpelah, sekurang kurang dorang wish dah cukup bermakna bagi aku. Tapi kalau dorang semua ada lagi bermakna. Hee. :) Hopefully Qila harap korang semua ada. 

Second, aku nak seorang lelaki yang aku masih sayang , rindu sampai ke hari ni ade pada hari tu. Aku taknak apa apa hadiah dari dia, aku cuma nak wish dari dia face to face dengan aku. Tu je. Tapi aku tau takkan dapat punya benda ni. First dia dah berpunya and second dia dah tak perlukan aku. Sayang, suka, cinta, rindu semua dah hilang. Cuma aku, aku je yang masih takboleh nak lupakan dia. Banyak kenangan aku dengan dia yang membuatkan aku susah sangat nak lupakan dia. Dia, dialah lelaki pertama yang aku betul betul dapat rasakan sesuatu yang lain. Memang aku berharap dia ingat birthday aku, tapi aku tau apa aku harap tu takkan pernah berlaku. Aku bukan siapa siapa dah untuk dia. Aku hanyalah orang asing dalam hidup dia. Hmm. Takpalah. Aku faham impian aku yang ni susah nak tertunai. Aku terima. :)

"KALAULAH" dua impian aku tercapai, aku adalah manusia paling bahagia dalam hidup aku. :)

Thankyou. Assalamualaikum.



It's Me
The Web Mistress
♥ QielaEila | Twenty | Single ♥ ♥ Follow Me Back. Thankyou. Loveyou ♥.

Follow and Add
I'm Busy
Facebook Twitter Instagram
Misc
stuff that you left
I don't have any idea how..or with WHAT...would you fill this page in, but since i don't really care, i expect you to brainstorm and think it yourself: will you put your table of contents here...or probably 'previous post' list...or whatever you feel like. Toodles!